KUALA LUMPUR – Semua syarikat insurans hayat dan am dan pengendali takaful di Malaysia tidak lagi mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus sejak 1 Jun lalu.
Kadar sifar peratus itu dikenakan ke atas semua perkhidmatan dan produk insurans/takaful yang sebelum ini tertakluk kepada GST pada enam peratus, kata Persatuan Insurans Am (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia. – MalaysiaGazette