Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan hasrat beliau lebih suka mejadi ahli Parlimen biasa atau ‘Backbenchers’ sahaja buat masa ini.
Menurutnya, beliau tidak berhasrat untuk memegang apa apa jawatan tertinggi dalam kabinet sambil mengesahkan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan.
“Saya ada program ke London, negara Arab dan juga Amerika Syarikat serta Turki untuk beberapa siri mengajar sebelum pulang manyambut Aidilfitri bersama keluarga dan melawat ke negeri-negeri untuk bertemu rakyat dan merakamkan penghargaan atas mandat yang diberikan pada PRU14 lalu.