Home Dunia Kate Spade kemurungan

Kate Spade kemurungan

Kate Spade dan suaminya, Andy Spade

NEW YORK – Kate Spade yang ditemui mati di kediamannya di New York kerana bunuh diri mengalami masalah kemurungan dan ketakutan, kata suaminya.

Andy Spade berkata, suara pereka fesyen terkemuka itu kedengaran gembila semasa dia dan anak perempuannya berbual dengannya pada malam sebelum kematiaannya.

“Tidak ada petunjuk dia akan melakukan perkara ini, ia adalah satu kejutan.

“Anak perempuan kami dan saya cukup sedih dengan kehilangannya dan tidak mampu memulakan kehidupan tanpa dia. Kami sangat sedih dan merindukannya,” kata Andy dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh New York Times.

Pasangan suami isteri itu juga merupakan rakan perniagaan dan memiliki seorang anak perempuan, Frances Beatrix.

Kate dan Andy tinggal berasingan di apartmen tersebut sejak 10 bulan lalu.

Anak pasangan itu pula menetap bersama-sama mereka.

“Kami belum berpisah secara rasmi dan tidak pernah pun berbincang untuk bercerai. Kami adalah kawan rapat dan masih dalam proses menyelesaikan masalah kami melalui cara terbaik,” tambah Andy.

Andy berkata, Kate telah mendapatkan rawatan dan perubatan secara berkala dalam menangani masalah kemurungan dan ketakutan.

Malah, beliau menafikan spekulasi kononnya Kate mempunyai masalah ketagihan alkohol dan perniagaannya.

Kate yang ditemui mati oleh tukang cuci rumahnya pada awal pagi semalam dan polis New York mengesahkan mayat yang ditemui itu sebagai Katherine Noel Brosnahan. – MalaysiaGazette