Home Nasional Aktivis masyarakat sertai kerajaan hilang kredibiliti

Aktivis masyarakat sertai kerajaan hilang kredibiliti

Presiden Pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz bercakap pada Forum Majlis Peguam Malaysia mengenai kepentingan pembangkang yang kuat untuk demokrasi kukuh di Wisma Badan Peguam Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 09 JUN 2018.
Presiden Pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz bercakap pada Forum Majlis Peguam Malaysia mengenai kepentingan pembangkang yang kuat untuk demokrasi kukuh di Wisma Badan Peguam Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 09 JUN 2018.
KUALA LUMPUR – Penyertaan lebih ramai aktivis masyarakat menyertai pasukan Pakatan Harapan membawa kesan kepada usaha menyemak secara seimbang kepada kerajaan baharu di negara ini.
Itu pandangan Presiden Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Beliau antara empat panel forum awam mengenai Kepentingan Pembangkang Yang Terkuat Untuk Demokrasi Kukuh hari ini berkata, peralihan itu mampu mengundang bahaya  jika dibiarkan berterusan lagi.
“Ramai individu dari masyarakat sivil mahu menyertai kerjaaan baharu Pakatan Harapan (PH). IDEAS, Bersih 2.0 telah kehilangan pemimpin dan aktivis mereka kepada kerajaan semasa yang dibentuk selepas mandat pada PRU-14.
“Ini sangat bahaya dan jika ia dibiarkan berterusan, kita akan kehilangan elemen berharga dalam menjamin menyemak secara seimbang dalam kerajaan serta masyarakat,” katanya.
Tiga lagi lagi panel forum yang sam ialah Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Profesor Madya Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Azmi Shahrom.
Katanya lagi, tindakan penyertaan aktivitis berkaliber dalam kerajaan baharu hanya akan mengundang kepada kehilangan kredibiti.
“Jangan terlalu taksub untuk menyertai kerajaan,” tegas beliau lagi.-MalaysiaGazette