Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam masa terdekat, selaras dengan pembubaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini dalam masa keperluan untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang kepada pesalah sehingga mengakibatkan kemalangan juga perlu diutamakan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini, mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan peringkat pusat pada pemilihan parti kali ini sebaliknya akan bekerja lebih keras untuk membantu membangunkan semula UMNO, bermula di Johor.
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana gagal hadir sebutan kesnya yang didakwa memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, tahun lepas.