Home Utama Daim didakwa desak Md Raus, Zulkefli letak jawatan

Daim didakwa desak Md Raus, Zulkefli letak jawatan

Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin didakwa mendesak Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletakkan jawatan masing-masing.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mendakwa, ia sebagai “rahsia umum” yang terjadi ketika pertemuan di pejabat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, menurut laporan Malaysiakini.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mendakwa ia sebagai “rahsia umum” yang terjadi ketika pertemuan di pejabat Daim.

Tidak jelas bila pertemuan itu berlaku.

Malaysiakini dalam laporannya mendakwa telah menghubungi Raus dan sumber yang dekat dengan Daim untuk pengesahan.

Sri Ram berkata, Daim tidak sepatutnya menuntut Raus dan Zulkefli meletak jawatan kerana ia melanggar Perlembagaan bagi sesiapa, selain perdana menteri untuk membuat tuntutan berkenaan.

“Walaupun ini mungkin didorong oleh niat yang terbaik, apa yang berlaku adalah sangat salah.

“Daim bukan perdana menteri dan walaupun perdana menteri telah meminta beliau untuk melakukan apa yang beliau lakukan, beliau sepatutnya menolak dan meminta pertimbangan peguam negara, perdana menteri dan Kabinet untuk mengendalikan perkara ini.

“Lagipun, kami tidak mahu kembali ke zaman dahulu apabila tiada penghormatan terhadap pemisahan kuasa dan kepatuhan kepada peruntukan Perlembagaan,” kata Sri Ram dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Peguam kanan itu berkata, keadaan bertambah buruk, apabila Md Raus dan Zulkefli “bersetuju” untuk bertemu Daim.

“Perlu diambil perhatian, jika mereka percaya bahawa pekerjaan adalah wajar, mereka sepatutnya menolak jemputan (bertemu Daim) itu secara bermaruah,” katanya.

Pelantikan semula Md Raus dan Zulkefli ke jawatan masing-masing menjadi kontroversi, memandangkan jawatan mereka dilanjutkan selepas mereka mencapai umur persaraan mandatori 66 tahun dan enam bulan.

Sri Ram berkata, jika kedua-duanya menolak lanjutan jawatan mereka, kedua-duanya tidak mengalami “penghinaan” kerana dilayan “tidak lebih daripada budak suruhan pejabat.”

Oleh itu, beliau menggesa kedua-duanya meletak jawatan sekali gus atau peguam negara perlu memberitahu mahkamah bahawa kerajaan tidak lagi menyokong pelantikan mereka sebagai menepati kehendak Perlembagaan. – MalaysiaGazette