Home Dunia Lengan wanita ditemui pada buaya

Lengan wanita ditemui pada buaya

 

FLORIDA – Lengan manusia ditemui pada buaya sepanjang 12 kaki, dipercayai polis telah menyerang dan membunuh seorang wanita yang berjalan dengan anjingnya.

Penyelam masih mencari mayat Shi-zuka Matsuki, 47 tahun yang dilaporkan hilang pada pagi Jumaat lalu.

Mangsa dikatakan telah berjalan berhampiran tasik ini di Davie, Florida, pinggir bandar Miami.

Seorang saksi mengatakan, dia melihat wanita itu berjalan dua anjingnya dan kemudian melihat anjing-anjing itu menyalak berhampiran air, tetapi tidak melihat wanita itu lagi.

Pihak berkuasa mengambil masa lima jam untuk menangkap reptilia itu.

Florida dikenali dengan populasi buaya yang besar dengan jumlah sejuta di negeri itu.

Serangan paling dahsyat berlaku dua tahun lalu ketika seorang budak laki-laki berusia 2 tahun sedang bermain berhampiran air di resort Walt Disney World dibaham buaya. – MalaysiaGazette