Home Nasional Rumah PPR tidak boleh disewa

Rumah PPR tidak boleh disewa

Zuraida Kamaruddin melakukan pelepasan Pasukan Ops Raya 2018 pada Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Mytown Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja tidak boleh disewakan kepada warganegara asing malah Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga tidak boleh disewakan kepada pihak ketiga. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, ia merupakan peraturan penyewaan PPR yang ditetapkan namun tidak dipatuhi dan tidak dikuatkuasakan sebelum ini. 

“Undang-undang penyewaaan PPR ini satu. Ia mesti dimiliki oleh pemilik dan dia tidak boleh disewakan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Mytown.

Setakat ini, KPKT telah memberi menyebarkan amaran kepada penduduk PPR agar mematuhi peraturan pemilikan kediaman terbabit.

Walau bagaimanapun Zuraida tidak menjawab adakah tindakan selanjutnya kepada penyewa yang melanggar peraturan sama ada akan diusir keluar atau sebaliknya. 

“Sekarang saya keluarkan amaran awal. Dalam masa 3 bulan, penyewa dikehendaki keluar,” tambahnya. -MalaysiaGazette