Home Sukan England tuan rumah Piala Dunia 2030

England tuan rumah Piala Dunia 2030

David Gill percaya England memiliki segala keistimewaan untuk menjadi tuan rumah piala dunia 2030

ENGLAND – England dikatakan berada dalam posisi terbaik untuk menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia 2030.

Perkara itu dibincangkan dalam pada hari penentuan tuan rumah piala dunia 2026 semalam oleh Kongres Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) di Moscow semalam.

Presiden Uefa, Aleksander Ceferin berkata, wakil Majlis FIFA England David Gill dan rakannya sangat yakin dengan bidaan England yang mungkin melibatkan beberapa lagi negara untuk penganjuran bersama.

Laporan di Moscow juga mengatakan terdapat usaha gigih untuk mengembalikan hak penganjuran temasya paling berprestij di dunia itu ke tanah Eropah.

England dikatakan buat pertama kali dalam tempoh 64 tahun tampil ke pentas dunia untuk mendapatkan hak itu.

Semalam FIFA mengumumkan bahawa Piala Dunia 2026 akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Canada.

Ketiga-tiga negara itu menang bidaan bersama dengan memperolehi 134 undi menewaskan Maghribi yang hanya memperolehi 65 undi semalam.

Menurut Gill, semangat kesatuan tiga negara itu yang akan menjadi tuan rumah bersama piala dunia 2026 memberi semangat kepada England.

Tambah Gill lagi, terdapat kemungkinan England akan bersatu dengan Scotland dan Wales untuk mendapat hak penganjuran edisi ke-24 itu.

“Kenapa tidak kami. England mempunyai padang yang terbaik dalam dunia bola sepak termasuk padang latihan berkualiti,” katanya.

Dalam perkembangan sama selepas tiga negara berjaya diangkat sebagai tuan rumah piala dunia 2026, kini Uruguay, Argentina dan Paraguay juga dalam perancangan untuk menjadi mendapatkan hak tuan rumah bagi temasya tahun 2030.- MalaysiaGazette