Home Utama Nazri setuju BN bubar, akui tiada “perasaan” dengan MIC, MCA

Nazri setuju BN bubar, akui tiada “perasaan” dengan MIC, MCA

Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat Barisan Nasional (BN) sudah
Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat Barisan Nasional (BN) sudah "tidak wujud" dan pakatan politik itu perlu dibubarkan.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat Barisan Nasional (BN) sudah “tidak wujud” dan pakatan politik itu perlu dibubarkan.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO bersetuju supaya BN dibubarkan supaya UMNO dapat menjadi parti kuat yang mewakili orang Melayu di Semenanjung.

Beliau bagaimanapun berharap UMNO akan menjadi parti terbuka yang bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk DAP dan PKR demi kepentingan rakyat.

Nazri pada masa yang sama bersetuju dengan tindakan empat parti komponen Sarawak yang meninggalkan BN kerana parti berkenaan lebih memahami keperluan rakyat di Sarawak.

“MCA, MIC dan Gerakan kalah teruk dalam pilihan raya, dan mereka tidak mungkin bangkit dalam tempoh pendek.

“Jika BN terus kekal di Sarawak, parti Semenanjung akan menjadi satu beban. Gerakan, sebagai contoh, telah ditolak habis-habisan, ia telah menjadi satu beban,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.

Bekenaan masa depan MCA, Gerakan dan MIC yang masih berada dalam BN, Nazri berkata, “mereka boleh buat apa-apa sahaja, saya tidak punyai perasaan istimewa ke atas mereka. Saya hanya mahu kuatkan UMNO.”

Nazri berkata, UMNO perlu menunggu sehingga selesainya pemilihan parti pada 30 Jun untuk menentukan sama ada BN perlu dibubarkan.

Sementara itu, Nazri berkata, beliau tidak berminat untuk bertanding apa-apa jawatan tinggi dalam UMNO. – MalaysiaGazette