WASHINGTON – Amerika Syarikat melaksanakan tarif ke atas barangan China, menurut pentadbiran Donald Trump.
Mengikut senarai, tarif itu akan melibatkan 800 kategori produk berbanding 1,300 barangan yang dimaklumkan sebelum ini.
Sebelum ini Amerika Syarikat menyenaraikan untuk mengenakan tarif ke atas barangan China dengan nilai AS$50 bilion.
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin telah mempersoalkan penangguhan tarif pada mesyuarat White House pada hari Khamis.
Dan, beliau jangka akan menang, kata pejabat itu.
Pegawai diplomat kerajaan China, Wang Yi pula berkata, Beijing bersedia untuk bertindak balas jika Trump meneruskan tarif. – MalaysiaGazette