Home Seni Hidup Mydin muncul dengan video raya

Mydin muncul dengan video raya

Buat pertama kali muncul dengan lagu raya, Mydin melancarkan muzik video lagu hari raya sejak 8 Jun lalu.
Buat pertama kali muncul dengan lagu raya, Mydin melancarkan muzik video lagu hari raya sejak 8 Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Pasar Raya Mydin melancarkan muzik video lagu hari raya berjudul Girang Syawal Tiba di Youtube bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri ini.

Buat pertama kali muncul dengan lagu raya, Mydin melancarkan muzik video itu sejak 8 Jun lalu dan sehingga kini ia sudah pun mendapat 25,000 tontonan.

Menariknya, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Dr Ameer Ali Mydin turut membuat kemunculan pada penghujung muzik video itu.

“Idea lagu raya untuk pasaraya Mydin mula dibincangkan dengan pihak FMC sejak dua bulan lalu.

“Ia diperkenalkan bagi menghangatkan lagi sambutan hari raya pada tahun ini.

“Pihak kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan artis-artis muda bagi menyanyikan lagu Girang Syawal Tiba,” ujarnya.

Girang Syawal Tiba menampilkan paduan suara artis naungan FMC iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Iman, Zoey Rahman dan Ernie Zakri.

Lagu itu adalah hasil gubahan komposer Amirah Ali dan lirik oleh Shah Shamsiri.

Sementara itu, muzik video lagu itu memperlihatkan semua artis menziarahi warga emas di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong Selangor.

Ia memaparkan jalan cerita di mana semua artis terlibat menghabiskan masa bersama warga di rumah jagaan itu dalam menceriakan mereka menjelang ketibaan Syawal.

Malah mereka turut datang membawa barangan daripada pasar raya Mydin untuk diedarkan kepada semua penghuni rumah jagaan itu. – MalaysiaGazette