MOSCOW – Iran menang aksi pertama dalam kejohanan Piala Dunia Rusia 2018 selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1998.
Dalam perlawan kumpulan B di Moscow semalam, gol sendiri pemain gantian Maghribi Aziz Bouhaddouz pada waktu kecederaan hancurkan impian mengutip tiga mata penuh.
Bouhaddouz cuba menanduk keluar bola pada minit ke-95 malangnya memasuki gawang sendiri dan membantu lawannya menang aksi semalam.
Keputusan itu sudah pasti sukar diterima negara benua Afrika itu yang telah mensia-siakan beberapa peluang cipta gol yang diperolehi sepanjang perlawanan.
Pada perlawanan pertama berkumpulan temasya di Perancis, Iran menewaskan Amerika Syarikat 2-1.
Maghribi muncul sebagai negara kedua membolos gol pada minit terakhir pada temasya kali ini selepas Mesir yang tewas 1-0 kepada Uruguay dalam aksi kumpulan A semalam.
Walaupun sepanjang perlawanan Maghribi menguasai 68 peratus bola dengan 13 percubaan tepat di gawang lawan, Iran juga pada akhirnya menang aksi tersebut.- MalaysiaGazette