Home Dunia Afghanistan sambung gencatan senjata

Afghanistan sambung gencatan senjata

KABUL – Gencatan senjata antara kerajaan Afghanistan dengan Taliban telah berjaya dilanjut sehingga Sabtu waktu tempatan sempena sambutan Aidilfitri.

Agensi melaporkan, bagaimanapun sebuah insiden bom kereta meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa yang rata-ratanya adalah orang awam ketika itu.

Sambungan gencatan itu disambut dengan pandangan luar biasa pejuang Taliban yang memeluk dan bahkan bersembahyang dengan pasukan keselamatan, ahli politik, dan orang awam di seluruh negara yang terlibat peperangan.

Gencata senjata pertama penuh emosi di seluruh negara sejak pencerobohan Amerika Syarikat pada 2001.

Presiden Ashraf Ghani membuat pengumuman itu menerusi siaran televisyen yang jarang dilakukan malah kenyataan itu juga mendapat sambutan positif pelbagai pihak.

“Saya juga meminta Taliban melanjutkan gencatan senjata tiga hari mereka, yang akan berakhir pada Ahad malam. Setakat ini kumpulan itu tidak memberi respons.

“Saya memerintahkan pasukan keselamatan berada dalam kedudukan pertahanan mereka, gencatan senjata kerajaan akan berakhir pada Selasa,” katanya.

Serangan pada Sabtu ke atas orang ramai yang meraikan gencatan senjata di daerah Rodat, di wilayah timur Nangarhar merupakan insiden keganasan utama pertama sejak bermulanya Aidilfitri.

Seorang jurucakap gabenor wilayah Attaullah Khogyani dalam satu kenyataan yang membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan 54 yang lain.

“Seorang pengebom bertindak meletupkan diri di kalangan orang lamai, pasukan keselamatan dan Taliban yang merayakan gencatan senjata,” kata Khogyani.

Sumber keselamatan Afghanistan memberitahu AFP kumpulan militan Islamic State – yang bukan sebahagian daripada gencatan senjata Kabul – dipersalahkan.

Pengarah Kesihatan Provinsi Najibullah Kamawal mengesahkan jumlah korban.

Baru-baru ini, pihak Taliban memberitahu ‘penceroboh Amerika’ untuk meninggalkan Afghanistan dalam satu pengumuman yang menandakan berakhirnya bulan Ramadhan memberi jaminan kepada rakyat akan masa depan yang cerah jika berada di bawah pemerintahan Islam selain berkata mereka sudah membebaskan banyak kawasan di negara itu.

Taliban yang mengumumkan satu gencatan senjata secara mengejut sempena Hari Raya Aidilfitri kecuali menentang tentera asing, turut mengecam tindakan pemindahan Kedutaan Israel ke Baitulmuqaddis oleh Amerika Syarikat (AS). – Malaysia Gazette