KUALA LUMPUR – Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM) telah melancarkan perniagaan ekuiti persendirian, Bintang Capital Partners Berhad (Bintang).
Bintang adalah syarikat pengurusan ekuiti swasta yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Ia merupakan anak syarikat Affin Hwang AM.
Affin Hwang AM dalam kenyataannya berkata, Bintang adalah formalisasi penggabungannya dalam pasaran ekuiti swasta, bermula pada bulan Jun 2017 dengan urus niaga sulung membabitkan pembelian Bitsmedia Pte Ltd, sebuah syarikat yang terlibat dalam aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia, Muslim Pro. – MalaysiaGazette