Home Nasional Bapa Altantuya jumpa PM esok

Bapa Altantuya jumpa PM esok

Dr Setev Shaariibuu

KUALA LUMPUR – Bapa Mongolia Altantuya Shaariibuu akan bertemu dengan Perdana Menteri esok.

Peguam keluarga Altantuya, Ramkarpal Singh mengesahkan Dr Setev Shaariibuu akan bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pada pukul 5 petang, lapor The Star.

Dr Setev juga dijangka menemui Peguam Negara, Tommy Thomas pada jam 3 petang ini berhubung kemungkinan membuka semula kes tersebut.

Pada tahun 2009, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri telah disabitkan kesalahan membunuh Altantuya dan dikenakan hukuman mati.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman terhadap mereka pada tahun 2013 tetapi pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Sirul melarikan diri ke Brisbane, Australia pada Oktober 2014 ketika dia dalam ikat jamin semasa keputusan Mahkamah Persekutuan yang sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan sabitan bersalahnya yang dibatalkan Mahkamah Rayuan sebelum itu.

Sirul kini dia ditahan oleh Imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah kepadanya. – MalaysiaGazette