Bursa tempatan susut ke paras terendah enam setengah bulan pada penutup semalam.
Tetapi pada 9.08 pagi ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 10.02 mata pada 1,725.38 daripada 1,715.36 penutup Selasa.
Indeks itu dibuka 4.30 mata lebih kukuh pada 1,719.66.
Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 143 berbanding 87, manakala 171 tidak berubah dengan 1,510 tidak didagangkan dan 24 yang lain digantung.
Sejumlah 99.55 juta saham bertukar tangan bernilai RM70.33 juta. – BERNAMA