Home Dunia Mayat tentera AS terlibat Perang Korea dikembalikan

Mayat tentera AS terlibat Perang Korea dikembalikan

WASHINGTON – Korea Utara boleh memulakan proses penyerahan mayat tentera, termasuk rakyat Amerika Syarikat yang hilang semasa Perang Korea dalam beberapa hari mendatang.

Dua sumber pegawai Amerika Syarikat berkata, Korea Utara akan menyerahkan mayat-mayat itu kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Korea Selatan dan kemudiannya akan dipindahkan ke Pangkalan Tentera Udara Hickam di Hawaii.

Seorang pegawai berkata, “jumlah yang besar” mayat dijangka diserahkan.

Namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya memandangkan ketidakpastian pemimpin Korea, Utara Kim Jong Un.

Ia boleh mengambil masa berbulan atau bahkan bertahun-tahun sebelum mayat-mayat berkenaan dikenal pasti.

Penghantaran semula mayat-mayat tentera itu hasil pertemuan Presiden Donal Trump dan Jong-un di Singapura minggu lalu.

“(Keluarga) mahu jenazah bapa-bapa dan ibu-ibu serta semua orang yang terlibat dalam perang yang sangat kejam itu. Dan, Kim bersetuju,” kata Trump.

Kira-kira 7,700 anggota tentera Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Korea 1950-1953, menurut data tentera Amerika Syarikat.

Pentagon berkata, sejumlah 200 pasukan tentera Amerika Syarikat terlibat dalam perang itu dengan 36,500 dilaporkan maut.

Kali terakhir mayat-mayat tentera Amerika Syarikat dikembalikan pada tahun 2007, ketika Gabenor New Mexico, Bill Richardson mengunjungi Pyongyang. – MalaysiaGazette