Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula dasar dalam perbekalan padi dan barangan pertanian termasuk peranan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).
Peranan jawatankuasa itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub akan berkisar kepada isu penamatan monopoli syarikat itu dan merangka model baharu.