KUALA LUMPUR – “Esok gua menang, lusa gua serah diri”
Itu kenyataan Datuk Seri Jamal Md. Yunos dalam satu rakaman video yang disebarkan keapda wakil media malam ini.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memaklumkan dirinya masih dalam negara cuma ‘menyorok’ kerana mendakwa ada pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadapnya.
Terdahulu, Jamal dalam kempennya bertanding sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan kali ini berhasrat mengembalikan kegemilangan sayap parti itu pada masa depan.
“Pada PRU-14 kita lihat ramai pemuda tidak menyokong BN dan UMNO jadi saya mahu mengembalikan kegemilangan pemuda,” ujarnya.
Dalam pada itu, Jamal mendakwa ramai di dalam UMNO tidak biasa dengan kehidupan sebagai pembangkang namun sebagai ahli politik di Selangor DNA pembangkang sudah sebati pada dirinya.
“Ramai orang UMNO tidak ada DNA pembangkang sebelum ini dan saya sudah ada kerana lama menjadi pembangkang di Selangor,” ujarnya.- MalaysiaGazette
esok gua menang lusa gua serah diri . lusa gua kalah tulat gua lari. by by .