Home Dunia AS dalam proses menyatukan anak yang terpisah

AS dalam proses menyatukan anak yang terpisah

asylum-640x450
Antara kanak-kanak yang tiba di sempadan Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan negara itu. foto The Independent

WASHINGTON – Seramai 2,053 orang kanak-kanak masih dalam jagaan Kerajaan Amerika Syarikat selepas mereka dipisahkan daripada ibu bapa mereka semasa Presiden Donald Trump melaksanakan dasar “tidak bertoleransi” imigresen.

Negara itu kini sedang memperincikan bagaimana kanak-kanak itu akan disatukan semula dengan keluarga masing-masing.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) berkata, ia mempunyai proses penyelarasan yang baik dalam proses pemulangan kanak-kanak itu.

“Kerajaan Amerika Syarikat tahu lokasi semua kanak-kanak dalam jagaannya dan dalam proses untuk membawa mereka kepada pangkuan keluarga masing-masing,” kata DHS.

Kenyataan itu dibuat selepas DHS mendapat kritikan keras dalam kalangan ibu bapa anak-anak itu dan kumpulan peguam.

Setakat ini sejumlah 522 orang kanak-kanak telah disatukan dengan keluarga mereka. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts