Home Utama Asyraf Ketua Pemuda UMNO, Zahida terajui Puteri

Asyraf Ketua Pemuda UMNO, Zahida terajui Puteri

Datuk Asyraf Wajdi Dasuki dan Datuk Zahida Zarik Khan dipilih Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO.
Datuk Asyraf Wajdi Dasuki dan Datuk Zahida Zarik Khan dipilih Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO.

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baharu bagi penggal 2018-2021.

Beliau menewaskan pencabarnya selepas mendapat 73 undi, menewaskan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun; Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunos.

Sehingga pengiraan undi 4.30 pagi tadi, Khairul Azwan mendapat 58 undi manakala Shahar 56 undi dan Jamal dua undi.

Menurut Twitter Pemilihan UMNO 2018: “Secara rasminya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki @drasyrafwajdi adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru buat penggal 2018-2021.”

Ada dua baki keputusan yang belum dimaklumkan iaitu dari Kelana Jaya dan Kapar.

Sementara itu, Datuk Zahida Zarik Khan turut diumumkan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

“Secara rasminya, Datuk Zahida Zarik Khan adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang baru buat penggal 2018-2021.

“Tahniah diucapkan kepada Saudari Zahida atas kemenangan beliau dan selamat menjalankan tugas yang baru,” menurut laman Twitter itu. – MalaysiaGazette