
RIYADH – Wanita Arab Saudi secara rasmi dibenarkan memandu kereta selepas larangan lebih sedekad itu ditarik semula.
Pengumuman kebenaran itu telah diumumkan September tahun lalu.
Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan wanita memandu menyebabkan keluarga mereka terpaksa mengupah pemandu.
Lesen kereta telah mula dikeluarkan kepada wanita-wanita Arab Saudi sejak awal bulan ini. – MalaysiaGazette