KUALA LUMPUR – Bersandarkan dapatan petunjuk ekonomi, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh di antara Ogos hingga Oktober 2018 bersandarkan kepada dapatan petunjuk ekonomi.
Jabatan Statistik dalam petunjuk indeks utama (LI) bulanan pada April meningkat sebanyak 0.1 peratus untuk mencecah 119.1 mata berbanding 119.0 mata pada Mac.
“Dua komponen LI yang menyumbang kepada peningkatan tersebut adalah jumlah unit perumahan yang telah diluluskan (0.4 peratus) dan jumlah syarikat baharu didaftarkan (0.2 peratus).
Perubahan tahunan LI turut merekodkan pertumbuhan lebih baik sebanyak 1.4 peratus berbanding 0.3 peratus bulan lepas,” katanya.
LI memantau prestasi ekonomi secara purata untuk tempoh empat sehingga enam bulan kehadaan.
Bagaimanapun Jabatan Statistik mendapati indeks koinsiden (CI) yang memeriksa aktiviti ekonomi semasa, jatuh 0.3 peratus pada April.
Penggunaan kapasiti sektor pengilangan dan volum indeks perdagangan runcit merupakan antara komponen yang menyumbang kepada penurunan tersebut yang merekodkan penguncupan 0.2 peratus.
Katanya, dari segi perubahan tahunan, CI meningkat sebanyak 2.8 peratus pada April 2018.- MalaysiaGazette