Home MGNews TERKINI : Bekas Pegawai Khas Najib Direman SPRM

TERKINI : Bekas Pegawai Khas Najib Direman SPRM

Seorang individu yang rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lelaki berusia 42 tahun merupakan bekas pegawai khas kepada Najib direman sehingga Ahad oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Individu terbabit tiba di perkarangan Mahkamah Majistret jam 9.15 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM. Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).