PETALING JAYA – Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran menjelaskan bahawa tidak akan melarang warga asing menjadi tukang masak pada 1 Januari tahun depan.
Beliau memberitahu Sinchew Daily, pihaknya akan menggunakan enam bulan untuk meneliti cadangan tersebut dan tempoh itu adalah bersifat fleksibel.
Kata Kulasegaran, pihaknya bersedia memanjangkan tempoh itu kepada satu tahun atau dua tahun jika lebih banyak masa diperlukan untuk mengkaji cadangan tersebut.
Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia juga akan bertemu dengan pengusaha-pengusaha untuk mengenal pasti pendekatan yang boleh dilaksanakan.
Setiausaha Politik Kulasegaran justeru akan menjemput wakil pengusaha makanan bumiputera, Cina dan India untuk membincangkan isu berkenaan yang mencetuskan perdebatan hangat.
Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah membidas cadangan itu dan berpendapat ia sebagai diskriminasi.
Kula berkata, Pakatan Harapan telah menyatakan pengurangan pekerja asing dalam manifestonya dan cadangannya melarang pekerja asing sebagai tukang masak adalah bertujuan memenuhi janji tersebut.
Katanya, cadangan itu juga selari dengan konsep “Malaysia didahulukan” dengan menjamin peluang pekerjaan serta kebersihan dan kualiti makanan. – MalaysiaGazette