Home Nasional Wanita warga asing ditahan, campak bayi dari atas bangunan

Wanita warga asing ditahan, campak bayi dari atas bangunan

Seorang wanita warga asing ditahan di perkarangan Hospital Kajang kira-kira jam 11.30 malam tadi bagi membantu siasan kes bayi dicampak dari tingkat atas bangunan sebuah restoran di Jalan Reko, Kajang semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing ditahan di perkarangan Hospital Kajang kira-kira jam 11.30 malam tadi bagi membantu siasan kes bayi dicampak dari tingkat atas bangunan sebuah restoran di Pusat Hentian Kajang, di Jalan Reko semalam.

Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah, bayi dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Suspek ditahan reman sehingga 1 Julai ini untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette