Home Sukan Ronaldo patut dilayang kad merah – Iran

Ronaldo patut dilayang kad merah – Iran

Kad merah
Iran mempertikai keputusan pengadil yang sekadar melayangkan kad kuning terhadap Ronaldo dalam aksi semalam.

MOSCOW – Pengurus Iran, Carloz Queiroz mempertikaikan keberkesanan Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas pengadil, Enrique Caceres didakwa tidak berlaku adil dalam perlawanan Portugal menentang Iran.

Quieroz mendakwa bintang Real Madrid sepatutnya dilayang kad merah dan dibuang padang berikutan kecewaannya dengan keputusan pengadil yang bertindak sebaliknya.

Queiroz tidak berpuas hati Cristiano Ronaldo sekadar dilayang kad kuning kerana menyiku pemainnya.

Portugal mara ke pusingan kalah mati setelah seri 1-1 dengan Iran.

Queiroz berkata, sistem VAR dan pengadil seharusnya adil dan telus.

“Dalam peraturan, kesalahan menyiku perlu dihukum kad merah, tidak kisah sama ada Lionel Messi atau Ronaldo.

“Kita perlu tahu apa yang sedang berlaku, malangnya tidak ada orang yang membenarkan saya melihatnya.

“Kami hanya mempunyai satu sistem yang boleh menentukan nasib.. tetapi tidak ada seorang pun yang mahu bertanggungjawab dalam insiden ini.

“Jika ada sistem VAR, kami hendak tahu siapa yang mengadili di atas padang,” katanya.

Sistem VAR sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila Ronaldo dihadiahkan sepakan penalti selepas pengadil, Caceres meneliti semula terjahan Pouraliganji pada babak kedua.

Peluang itu dimanfaatkan Iran sebelum keputusan perlawanan berakhir dengan terikat 1-1.

Portugal mara ke pusingan kalah mati apabila berdepan Uruguay manakala Sepanyol selaku juara kumpulan akan menentang Rusia. – MalaysiaGazette