Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Tower bakal membongkar ‘dalang’ di sebalik kehilangan senarai rekod peminjam bank dan maklumat pembeli unit kondominium itu yang runtuh 25 tahun lalu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, data pemilik unit kondominium mewah itu lenyap dan tidak dapat dikesan hingga menyukarkan penduduk terbabit membuat sebarang tuntutan hartanah berkenaan.