KUALA LUMPUR – Perbadanan Usahawanan Nasional Bhd (PUNB) mengesahkan telah penerimaan surat peletakan jawatan Tan Sri Mohd Ali Rustam sebagai Pengerusi PUNB berkuat kuasa pada 25 Jun lalu.
Turut melepaskan jawatan ialah ahli lembaga pengarah PUNB, Datuk Jamelah A. Bakar dan Datuk Hasbullah Wa Daud.
Mohd Ali dilantik sebagai Pengerusi PUNB pada 1 Ogos 2013 manakala Jamelah pada 17 Julai 2014 dan Hasbullah 7 November 2016. – MalaysiaGazette