Home Sukan Argentina layak ke pusingan kalah mati

Argentina layak ke pusingan kalah mati

MOSCOW – Gol lewat permainan oleh Marcos Rojo membolehkan Argentina mecatatkemenangan dramatik 2-1 ke atas Nigeria pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia, awal pagi tadi.

Kemenangan itu membawa Argentina ke pusingan kalah mati temasya empat tahun sekali berkenaan selepas mengumpul empat mata dan sebelum ini di ambang penyingkiran pada peringkat kumpulan.

Lionel Messi menceriakan kem Argentina apabila meledak gol pertamanya dalam kejohanan itu pada minit ke-14.

Namun pemain Nigeria, Victor Moses seolah membawa pasukan sebelah kaki ke pusingan kalah mati apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti enam minit selepas rehat.

Moses menyempurnakan sepakan penalti itu selepas Javier Mascherano mengasari Leon Balogun.

Argentina akan bertemu Perancis pada pusingan kalah mati selepas muncul naib juara kumpulan. – MalaysiaGazette