LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw tiba-tiba menjadi bualan ketika peminat bola sepak sedang menumpukan aksi Piala Dunia 2018 di Rusia ketika ini.
Semuanya gara-gara sekeping gambar yang memaparkan bentuk badan bek kiri itu naik mendadak dan berisi dengan ketara.
Shaw, 22, yang tidak terpilih mewakili England sedang menghabiskan cuti pada musim panas ini menerima kecaman netizen apabila dikritik tidak menjaga stamina.
Shaw sebelum ini menjadi spekulasi apabila Barcelona dan Liverpool dikatakan berminat untuk mendapatkannya pada musim depan.
Dia dikatakan sudah tawar hati dengan United selepas layanan yang diberikan oleh Jose Mourinho kepadanya disifatkan seperti ‘buli’ oleh sesetengah pihak.
Sementara itu, M.E.N melaporkan Shaw bakal ditawar kontrak baharu oleh United walaupun gagal menarik perhatian Mourinho sepanjang musim lalu. – MalaysiaGazette