JAKARTA – Puluhan juta pengundi Indonesia akan membuang undi bagi pilihan raya wilayah hari ini.
Pilihan raya bagi 171 bandar raya, perwakilan dan gabenor wilayah akan menetapkan suara masing-masing menjelang pilihan raya Parlimen dan Presiden Indonesia negara pada tahun depan.
Pemimpin-pemimpin negara Islam ketiga terbesar di dunia itu dipercayai tidak akan menyokong Presiden Joko Widodo, yang dijangka bertanding untuk penggal kedua.
Widodo memperjuangkan kepada kesederhanaan Islam dan pluralisme.
Berikutan pilihan raya yang dijalanlan, Indonesia kini diletakkan dalam keadaan berjaya-jaga susulan serangan pengebom berani mati di Surabaya pada bulan lalu.
Serangan itu mengorbankan 30 orang mangsa.
Polis Indonesia telah menempatkan 171,000 orang polis bersama pasukan tentera bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.
Minggu lalu, salah seorang penyokong IS berprofil tinggi di Indonesia dihukum mati kerana terlibat dalam beberapa serangan dan Indonesia telah memberi amaran mengenai risiko serangan balas dari penyokongnya.
Lebih daripada 160 juta orang didaftarkan untuk mengundi dan lebih separuh daripadanya berada di pulau Jawa, yang mana penduduk wilayah Jawa Barat sebanyak 47 juta, bersamaan dengan Sepanyol.
Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan menjangkakan pengumuman rasmi pilihan raya itu dibuat pada 9 Julai ini. – MalaysiaGazette