Home Nasional Rosmah tinggalkan Langgak Duta

Rosmah tinggalkan Langgak Duta

Sebuah kenderaan dipercayai membawa isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 27 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat meninggalkan kediaman yang di Langgak Duta hari ini.

Beliau yang menaiki Mercedes Benz kelabu bernombor WQF11 keluar daripada kediamannya tepat jam 9.56 pagi tadi dipercayai bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Langgak Duta tanpa diiringi kereta pengiring.

Beliau dipercayai keluar ke suatu destinasi yang tidak dikenalpasti.

Sebelum ini, kecoh apabila media mula berkampung di Langgak Duta apabila timbul ura-ura bahawa Najib akan ditahan oleh ditahan pihak berkuasa pada bila-bila masa berikutan mempunyai ‘bahan bukti’ yang mencukupi dalam kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khabar angin yang pada mula tersebar seawal jam 6 petang tadi juga menyebabkan para pengamal media kembali ‘berkampung’ di luar kediaman Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/06/27/langgak-duta-kembali-jadi-perhatian-puluhan-media-banjiri-rumah-najib/