
LAS VEGAS – Joe Jackson, bapa kepada penyanyi lagenda Michael Jackson meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Kematian Joe disahkan oleh anak perempuannya La Toya.
Beliau meninggal di kediamannya dipercayai akibat penyakit kanser pankreas yang dihadapinya, menurut laporan beberapa media.
Joe meninggal dunia, dua hari selepas sembilan tahun kematian Michael.
Beliau yang dikenali sebagai ‘arkitek’ kepada karier seni anaknya dengan The Jackson 5, selain Michael dan Janet. – MalaysiaGazette