SINGAPURA – Harga minyak dunia jatuh daripada paras tiga setengah tahun tinggi kerana bekalan yang mencukupi dalam pasaran meskipun permintaan tinggi dan gangguan berterusan.
Penanda aras minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) diniagakan AS$72.55 setong, susut 0.3 peratus berbanding harga terakhir.
WTI mencecah rekod tertinggi sejak November 2014 pada paras AS$73.06 setong pada sesi sebelumnya.
Manakala niaga hadapan Brent pula didagangkan AS$77.63 setong, umumnya tidak berubah daripada harga penutup dan masih rendah berbanding paras yang direkodkan pada bulan Mei.
Kenaikan harga minyak pada tahun ini berikutan kawalan ketat pasaran oleh OPEC dan Rusia.
Kawalan pengeluaran itu mecetuskan permintaan tinggi dalam pasaran, pada masa sama berlaku gangguan dari Kanada ke Libya dan Venezuela. – MalaysiaGazette