Home Politik Tak ada salah Idris bantu cawangan parti

Tak ada salah Idris bantu cawangan parti

Datuk Seri Idris Haron

KUALA LUMPUR – Seorang bekas calon Pergerakan Pemuda UMNO melihat Datuk Seri Idris Haron tidak melakukan kesalahan kerana sudi membantu pemimpin akar umbi parti di Melaka.

Syed Rosli Jamalullai Syed Harman berpendapat, ia bentuk bantuan biasa bagi mana-mana pemimpin parti politik membantu cawangan masing-masing.

“Ini amalan terpuji berbanding ada sesetengah ketua bahagian yang kaya raya namun tidak mahu membantu berkorban wang ringgit pun untuk parti.

“Yang dibantu bukan orang lain,mereka adalah ahli-ahli UMNO juga.

“Saya sokong tindakan Idris yang bukan baru ini bantu malah sudah membantu semenjak dari tahun 2004 lagi,jadi tidak timbul isu yang beliau nak merasuah sesiapa pun,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Rosli Jamalullail
Syed Rosli Jamalullail

Malah Syed Rosli yang kini menjadi calon Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan itu mengucapkan terima kasih kepada Idris kerana sanggup berkorban untuk parti.

“Inilah pemimpin yang kita nak,pemimpin yang sanggup membantu parti dan pemimpin sebegini patut kita berikan sokongan tanpa berbelah bagi,” tegasnya.

Serangan terhadap idris oleh beberapa Ahli Jawatankuasa di bahagiannya dianggap perkara yang tidak sepatutnya berlaku memandangkan jasa bekas Ketua Menteri itu begitu besar pada peringkat Bahagian dan Negeri Melaka.

“Dengan itu saya mohon para perwakilan memberikan sokongan kepada beliau dengan memberikan undi kepada beliau yang bertanding jawatan ahli MT,” katanya.

Sebelum itu, Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu menafikan beliau menggunakan ‘pengaruh wang’ untuk meraih sokongan perwakilan pada pemilihan Umno bahagian 30 Jun ini seperti didakwa.

Katanya usaha mendapatkan peruntukan RM1,000 sebulan dan seekor lembu setahun kepada cawangan dalam bahagian itu telah dilaksana beliau sejak tahun 2014 bagi memastikan setiap cawangan dapat melaksanakan program melibatkan anggota parti dan rakyat setiap bulan tanpa gagal.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu berkata, ia merupakan manifestonya sekiranya beliau diberikan mandat untuk terus meneraju kepimpinan di Bahagian Tangga Batu bagi sesi 2018-2021, usaha itu akan diteruskan demi kepentingan parti serta rakyat kawasan tersebut.- MalaysiaGazette