TERKINI : “Ini Urusan Parti, Yuran Pencalonan Telah Ditetapkan” – Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR telah mengadakan mesyuarat membincangkan isu yuran pendaftaran calon yang didakwa oleh sesetengah ahli sebagai terlalu mahal.

Menurut Presiden PKR itu, dalam mesyuarat berkenaan parti telah membuat sedikit peraturan untuk sama-sama menanggung kos iaitu yuran pemilihan.

“Memang jumlah yuran pencalonan yang ditetapkan itu ada terkandung dalam pekeliling, dan kita prihatin dengan rungutan itu.

“Kita ada mesyuarat dan parti membuatkan sedikit peraturan iaitu kita sama-sama menanggung kos pemilihan itu