Orang ramai diminta agar tidak memberikan persepsi negatif terhadap ubat-ubatan di Klinik 1Malaysia kerana ubat yang disediakan di klinik berkenaan telah dilakukan kajian setara sebelum diberi kepada pesakit.
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, perkara tersebut sudah menjadi kelaziman dalam kalangan ramai dan pegawai perubatan sememangnya mengetahui ubat-ubatan yang sesuai diberikan kepada pesakit.