WASHINGTON – Presiden Donald Trump mahu memilih calon Hakim Mahkamah Agung yang akan berkhidmat di mahkamah tersebut selama 40 hingga 45 tahun.
“Kita perlu memilih mereka yang boleh selama 40 tahun, 45 tahun,” katanya pada perhimpunan di Fargo, North Dakota.
Trump berkata demikian beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Agung, Anthony Kennedy mengumumkan persaraannya. – MalaysiaGazette