KUALA LUMPUR – Pengacar program Borak Kopitiam di TV3, Nur Hidayah Abu Bakar atau Dayah Bakar sah bergelar isteri kepada Kapten Muhammad Hanif Hamidi pagi tadi.
Pada majlis pernikahan yang berlangsung di 9 Kedondong, Ampang itu, Dayah menerima mas kahwin RM300 serta tujuh dulang hantaran, dibalas sembilan dulang.
Manakala wang hantaran pengacara berusia 29 tahun itu dirahsiakan.
Acara pernikahan itu dirakamkan di akaun Instagram Dayah.
Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi untuk rakan pada 1 Julai ini di Cornerstone di Wisma Selangor Dredging.
Majlis kenduri menyambut menantu pula akan berlangsung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7 Julai.
Bersempena perkahwinannya, Dayah tiga hari lalu melancarkan single terbarunya bertajuk, Imamku. -MalaysiaGazette