LONDON – Liverpool sanggup mengeluarkan 158 juta pound (RM837.1 juta) bagi mendapatkan khidmat penyerang dari Real Madrid, Marco Asensio, lapor The Guardian.
Pengurus Jurgen Klopp kini memberi fokus untuk mempertajamkan bahagian depan The Reds untuk saingan musim hadapan selepas gagal mendapat penyerang Lyon, Nabil awal bulan ini.
Namun Asensio menjadi buruan Liverpool sebelum bakal menjadi pengganti selepas Real bersedia merealisasikan perpindahan pemain tersebut.
Dengan harga tersebut, Asensio yang baru berusia 21 tahun bakal menerima gaji paling mahal di Anfield.
Namun Liverpool perlu menunggu kerana pengurus baharu Real Madrid, Julen Lopetegui masih belum memutuskan mengenai masa depan Asensio sehingga kempen Sepanyol di Piala Dunia berakhir.
Asensio hanya melakukan dua penampilan sebagai pemain gantian dalam skuad Sepanyol pada Piala Dunia. – MalaysiaGazette