KUALA LUMPUR – Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menggesa agar isu royalti persembahan awam artis yang menjadi masalah sekian lama dalam industri muzik tempatan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini sudah banyak kali diperbincangkan tetapi jalan penyelesaian terbaik masih belum ada.
“Apa yang masih menjadi masalah pada artis sehingga kini adalah ramai yang keliru dengan proses pengagihan royalti ini.
“Ini kerana terdapat dua badan yang dipertanggunjawabkan mengagihkan royalty yang dibayar kepada golongan artis ia itu RPM Bhd (Recording Performers Malaysia) dan Prism Bhd (Performers and Interests Society of Malaysia),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 dan Majlis Sambutan Aidilfitri di sini hari ini.
Freddie memberitahu kekeliruan berlaku kerana empat badan dipertanggungjawabkan dalam kutipan dan penggagihan royalti iaitu Prism, RPM, Badan Pelindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) dan Public Perfomance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM) yang telah digabungkan di bawah satu badan yang diberi nama Music Rights Malaysia Bhd (MRM).
Jelas beliau, kutipan royalti keseluruhannya telah diserahkan kepada MRM namun pengagihan akan dilakukan oleh badan masing-masing, iaity empat badan yang tersebut.
“Ada artis dan pemuzik rakaman yang datang mengadu pada KARYAWAN mereka sudah lama tidak mendapat sebarang royalti walaupun ada dua badan yang kononnya mewakili mereka ia itu RPM dan PRISM.
“Sebagai jalan penyelesaian, KARYAWAN mencadangkan agar kerajaan (melalui MyIPO dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri) campur tangan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menentukan artis-artis dapat royalti yang menjadi hak mereka.
“Kerajaan diminta lantik hanya satu badan untuk mewakili artis dan pemuzik dari bidang rakaman dan bukannya dua seperti yang berlaku sekarang di mana RPM dan PRISM masing-masing dalam keadaan bercanggah dan mendakwa bahawa masing-menjadi menjadi badan unggul yang mewakili golongan tertentu,” katanya.
Freddie berkata, KARYAWAN mencadangkan agar Prism dibatalkan lesen dari kerajaan kerana prestasinya agak mengecewakan berbanding RPM.
“Kami cadangkan agar RPM dilantik sebagai badan tunggal yang mewakili artis.
“Jika hanya satu badan saja, ia lebih memudahkan proses pengagihan dilaksanakan,” katanya.
Freddie menjelaskan pihaknya difahamkan terdapat sejumlah berjuta-juta ringgit hasil kutipan royalti artis yang tidak dapat diagihkan balik kepada artis oleh kerana kewujudan dua badan ini.
“Ini berdasarkan ketiadaan formula yang dapat ditentukan bagaimana royalti itu diagihkan antara dua badan tersebut.
“Penyelesaian terbaik ialah untuk tutup satu badan, iaitu PRISM dan gabungkan semua hal berkaitan royalti artis di bawah satu badan sahaja, ia itu RPM.
“Jika ini tidak dilakukan sampan bila-bila pun artis tak akan dapat menikmati royalti yang menjadi hak mereka” ujar beliau. – MalaysiaGazette
Tuan Editor
Ada sedikit kesilapan dari segi fakta dalam artikel ini. Saya tidak salahkan penulis oleh kerana soal royalti ini adalah sesuatu yang agar rumit dan melibatkan pelbagai perkara dan hak serta golongan yang diberikan pelindungan dibawah Akta Hakcipta.
Keadaan sebenarnya galah Karyawan ingin adakan hanya satu badan yang mewakili golongan artis, dan bukannya dua seperti yang ditulis, di mana ia dikatakan Karyawan ingin supaya empat badan kutipan di gabungkan.
Kenyataan penuh dari kami sepatutnya seperti berikut :
Tajuk: Isu Royalti Artis Perlu Diselesaikan Segera Di Bawah Satu Badan Mewakili Artis
Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menggesa agar isu royalti persembahan awam artis yang menjadi masalah sekian lama dalam industri muzik tempatan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini sudah banyak kali diperbincangkan tetapi jalan penyelesaian terbaik masih belum ada.
“Apa yang masih menjadi masalah pada artis sehingga kini adalah ramai yang keliru dengan proses pengagihan royalti ini di mana ada dua badan yang dipertanggunjawabkan mengagihkan royalty yang dibayar kepada golongan artis ia itu RPM Bhd (Recording Performers Malaysia) dan Prism Bhd (Performers and Interests Society of Malaysia).
Menambah kepada kekeliruan ini empat badan dipertanggungjawabkan dalam kutipan dan penggagihan royalti iaitu Prism, RPM, Badan Pelindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) dan Public Perfomance Malaysia Sdn Bhd (PPM) telah digabungkan di bawah satu badan yang diberi nama Music Rights Malaysia Bhd (MRM). Kutipan royalti keseluruhannya telah diserahkan kepada MRM. Tetapi pengagihan akan dilakukan oleh badan masing-masing, ia itu empat badan yang terse but.
“Ada artis dan pemuzik rakaman yang datang mengadu pada KARYAWAN mereka sudah lama tidak mendapat sebarang royalti walaupun ada dua badan yang kononnya mewakili mereka ia itu RPM dan PRISM.
Sebagai jalan penyelesaian, KARYAWAN mencadangkan agar kerajaan (melalui MyIpo dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri) campur tangan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menentukan artis-artis dapat royalti yang menjadi hak mereka.
“Kerajaan diminta lantik hanya satu badan untuk mewakili artis dan pemuzik dari bidang rakaman dan bukannya dua seperti yang berlaku sekarang di mana RPM dan PRISM masing-masing dalam keadaan bercanggah dan mendakwa bahawa masing-menjadi menjadi badan unggul yang mewakili golongan tertentu. Cadangan kami ialah bahawa Prism dibatalkan lesen dari kerajaan kerana prestasinya agak mengecewakan berbanding RPM. Kami cadangkan agar RPM dilantik sebagai badan tunggal yang mewakili artis” kata beliau.
“Jika hanya satu badan saja, ia lebih memudahkan proses pengagihan dilaksanakan,” katanya.
Kami di fahamkan ada sejumlah berjuta-juta ringgit hasil kutipan royalti artis yang tak dapat diagihkan balik kepada artis oleh kerana kewujudan dua badan ini. Ini berdasarkan ketiadaan formula yang dapat ditentukan bagaimana royalti itu diagihkan antara dua badan tersebut. Penyelesaian terbaik ialah untuk tutup satu badan, ia itu PRISM, dan gabungkan semua hal berkaitan royalti artis di bawah satu badan sahaja, ia itu RPM. Jika ini tidak dilakukan sampan bila-bila pun artis tak akan dapat menikmati royalti yang menjadi hak mereka” ujar beliau.
Dato’ Freddie Fernandez
President
Persatuan Karyawan Malaysia
1 Julai 2018
Terima kasih di atas maklumat yang tepat, kami akan membuat pembetulan fakta2 yang tidak tepat mengenai isu royalti ini.
Terima kasih sekali lagi kepada Dato’.
Editor