DEHRADUN – Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh manakala 12 lagi dalam keadaan krtikal apabila sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Uttarakhand, Himalaya petang tadi.
Agensi tempatan melaporkan, bas tersebut dalam perjalanan dari Bhoan ke Ramnagar apabila jatuh ke dalam gaung 700 kaki di daerah terpencil berbukit bukau, Pauri Garhwal.
Menurut jurucakap bencana, Deepesh Chandra Kala, pihaknya sudah menjalankan kerja-kerja menyelamat dan ketika ini pihaknya masih lagi menyiasat punca sebenar.
“Ini adalah antara kejadian ngeri kerana jumlah yang terbunuh tinggi dan menyayat hati.
“Keadaan cuaca yang tidak menentu juga mungkin punca bagaimana bas boleh terbabas sehingga masuk gaung namun kita tidak menolak kemungkinan-kemungkinan lain,” katanya kepada pemberita.
Perdana Menteri, Narenda Modi turut mengucapkan takziah kepada waris mangsa sebentar tadi melalui laman sosial Twitter beliau.
Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa untuk segera meneliti insiden tersebut selain daripada bantuan diberikan kepada seluruh waris mangsa. – Malaysia Gazzette