KUALA LUMPUR – UMNO akan berunding dengan Pas untuk membincangkan isu jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidj.
Justeru, katanya kedudukan Khairy Jamaluddin sama ada bakal dilantik menyandangnya atau tidak masih belum diputuskan.
Perbincangan dijangka diadakan sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini.
“Saya adakan perbincangan dengan Khairy Jamaludidin pagi tadi dan telah membuat perincian dalam peranan yang boleh dimainkan.
“Ketua Pembangkang mestilah daripada presiden parti dan saya fikir kita kena bincangnya dengan Pas juga” katanya ketika sidang media.
Turut hadir timbalannya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rantau merangkap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua naib presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bekas Naib Ketua Pemuda, Senator Khairul Azwan baru-baru ini menerusi akaun twiitternya mencadangkan pelantikan Khairy sebagai ketua pembangkang di Parlimen bagi mengawasi tindak-tanduk kerajaan. – MalaysiaGazette