Home Politik Pemilihan Zahid tanda UMNO tidak mahu berubah

Pemilihan Zahid tanda UMNO tidak mahu berubah

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr. Kamarul Zaman Yusof

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusuff berkata pemilihan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden ketujuh UMNO menunjukkan akar umbi parti itu tidak mahu berubah.

Menurut bekas Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), usaha untuk meraih kembali kepercayaan rakyat negara ini juga dilihat sukar kerana masih mengekalkan orang lama dalam parti.

“Hasilnya (daripada Pemilihan UMNO kali ini) menunjukkan bahawa UMNO tidak mahu berubah dan bahkan tidak dapat diperbaiki,” katakan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemenangan Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO yang memperoleh 97 undi bahagian pada pemilihan kali ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menewaskan bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut bersaing dalam merebut jawatan sama.

Menurut beliau, peringkat akar umbi mahu perubahan berlaku dalam UMNO namun sebaliknya berlaku pada pemilihan kali ini.

“Ahli UMNO masih mengikut apa yang pemimpin mereka mahu, termasuk Ketua Bahagian UMNO, memberitahu mereka siapa yang harus dipilih,” katanya. -MalaysiaGazette