Home Sukan Ronaldo, Portugal pulang awal

Ronaldo, Portugal pulang awal

MOSCOW – Portugal terpaksa pulang awal selepas tewas pada saingan kalah mati Piala Dunia 2018.

Portugal yang memiliki dunia, Cristiano Ronaldo mengikut jejak Argentina tewas kepada Perancis walaupun mempertaruhkan Lionel Messi.

Pada perlawanan pagi tadi, kapten Uruguay, Edinson Cavani menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan dua gol kemenangan.

Portugal mendapat gol tunggal menerusi jaringan Pepe pada minit ke-

Ronaldo pula gagal memanfaat untuk menembusi pintu gol lawan biarpun terdapat beberapa peluang terbaik.

Sebaliknya gandingan Cavani bersama Luis Suarez cukup menjadi di bahagian serangan menerusi pergerakan lincah.

Portugal yang hadir sebagai juara Euro 2016 akur dengan kekalahan itu dan kekecewaan berganda buat Ronaldo untuk merebut trofi Kasut Emas keseluruhan.

Uruguay bakal berdepan dengan Perancis dalam saingan suku akhir selepas ini.

Empat tahun lalu, Uruguay terkandas dalam pusingan kalah mati ini kepada Colombia dengan keputusan 0-2 – MalaysiaGazette