Presiden UMNO yang baharu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan rombakan untuk jawatan tertentu dalam parti itu.
Katanya pentadbiran kali ini akan menilai keperluan untuk mewujudkan atau membuat perubahan jawatan yang dilihat sesuai pada masa ini.
“Dalam pentadbiran baharu yang ditentukan oleh perwakilan kita akan lakukan rombakan utama bagi jawatan pegawai-pegawai majlis tertinggi dan juga jawatan-jawatan yang difikirkan sesuai untuk diwujudkan atau diberikan penyesuaian perubahan.