Home Ekonomi Charon teraju MIDF

Charon teraju MIDF

Cahron
Charon Wardini Mokhzani

KUALA LUMPUR – Datuk Charon Wardini Mokhzani dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang baharu, berkuatkuasa serta-merta.

Beliau menggantikan Datuk Mohd Najib Abdullah yang bersara selepas 12 tahun berkhidmat dengan MIDF.

MIDF adalah syarikat milik Permodalan Nasional Berhad.

Spekulasi pelantikan Charon tercetus sejak beberapa bulan lalu, susulan peletakan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di Pejabat Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad dan Institut Penyelidikan Khazanah.

MIDF dalam kenyataannya berkata, Charon juga memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif di MIDF Amanah Investment Bank Berhad, anak syarikat milik MIDF.

Charon bukan asing dalam perbankan kerana pernah menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Berhad.

Beliau juga mendapat pendidikan falsafah, politik dan ekonomi di Kolej Balliol, di Universiti Oxford dan undang-undang di Sekolah Pengajian Oriental dan Pengajian Afrika di University London.

Charon juga adalah ahli perbankan yang bertauliah dan felo Institut Perbankan Bertauliah Asia.

Pernah menyertai Middle Temple dan menjadi penguam cara dan peguam bela di Mahkamah Tinggi Malaya. – MalaysiaGazette