Home Sukan Chelsea dijangka umum pengurus baharu hari ini

Chelsea dijangka umum pengurus baharu hari ini

Antonio Conte
Chelsea bakal mengumumkan Maurizio Sarri sebagai Jurulatih baharu pada hari ini.

LONDON – Chelsea dijangka melantik pengurus baharu Maurizio Sarri seawal-awalnya hari ini.

Pengurusan tertinggi kelab itu dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan bekas jurulatih Napoli.

The Blues mahu Sarri menggantikan Antonio Conte musim ini.

Napoli pula sudah melantik bekas pengurus Bayern Munich, Carlos Ancelotti sebagai jurulatihnya.

Napoli dilaporkan akan menerima pampasan sebanyak £4.5 juta (RM23.9 juta) kerana Sarri masih mempunyai kontrak bersama kelab itu.

Rundingan juga dilakukan dengan Conte yang bakal meninggalkan Chelsea.

Ini bermakna, Sarri 59, akan membentuk semula skuad the Blues untuk kembali ke  kancah Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain tengah Rusia, Aleksandr Golovin merupakan sasaran utama Sarri menjelang jendela perpindaan yang bermula semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu dikatakan bersedia untuk menyertai kelab baharu yang mampu menjamin masa depannnya.

Juventus juga berusaha untuk mengikat khidmat Golovin.

Bagaimanapun Chelsea dilihat tidak akan berputus asa dalam usahanya membawa pemain itu ke Liga Perdana Inggeris (EPL). – MalaysiaGazette